Find Me at Social Media

Thursday, July 12, 2018

PENGENALAN TENTANG PANTAI IRAMA BACHOK,KELANTAN

PANTAI IRAMA 

            BACHOK KELANTAN,MALAYSIA







JOM BERSIAR-SIAR DI PANTAI YANG INDAH INI!!!!!!!!!!
SEDIKIT ILMU PENGENALAN TENTANG PANTAI


  
          Pantai Irama merupakan satu destinasi pelancongan dan DUN baru (sebelum dipanggil perupok) di jajahan Bachok Kelantan menghadap Laut China Selatan.Bandar Bachok ini juga dipanggil sebagai bandar pelancongan islam dan dipanggil sebagai (Beach Of Melody).Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan utama di negeri Kelantan  dan terletak di pinggir bandar Bachok.




















         











             Kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu -Tawang- Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit jalan masuk ke Pantai Irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.





             Di Pantai Irama terdapat pelbagai aktiviti menarik dan sesuai untuk pelancongan yang ingin melancong di sinik kerana batu-batu yang terdapat di sini sangat tersusun rapi dan cantik serta mempunyai pelbagai kemudahan di sini yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada pelancong.Kalau sapa-sapa nak mandi laut di Kelantan,Pantai Irama memang satu-satunya destinasi yang terbaik kerana Pantai irama lebih jauh meriah dan banyak aktiviti yang anak-anaknya  boleh buat dibandingkan dengan pantai-pantai lain di Kelantan.
















        Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan pantai irama ini sangat unik dan salah satu anugerah daripada Tuhan kerana mempunyai tarikan yang memang cantik dari segi pandangan orang luar atau pelancong.Struktur pantai di sini sangat sesuai kalau nak bermain air kerana permukaan dasar laut yang cetek dan ombaknya yang tidak seberapa kuat lagipun,pihak yang berwajib telah membina tambak batu yang melengkung yang menjadikan kawasan ini lebih selamat dan syok untuk bermandi-manda.Jadi memang sesuai untuk pelancong yang ingin mencari ketenangan dan ingin meluangkan masa dengan kawan-kawan dan sekeluarga.Saya berakhiri dengan sebuah puisi yang indah mengenai pantai.




Puisi Keindahan Laut Pantai Irama
Ombak pantai menampar karang
Angin berhembus membentuk gelombang
Gemuruh angin di tepi pantai
Menghapus sedih menjadi senang

Sungguh indah lautku
Membentang luas laut nan biru
Habitat berbagai makhluk hidup
Bersembunyi di balik terumbu

Laut yang penuh kekayaan
Sumber hidup manusia yang berlimpah
Beraneka macam kehidupan
Menjadi Sumber Daya Alam

Lautku yang indah dan kaya…
Menjadi manfaat setiap insan
Anugerah bagi Negeri Kelantan
Dari Tuhan yang Maha Esa




HARGAILAH CIPTAAN TUHAN YANG SANGAT UNIK INI!!!


3 comments:

Jobs freedom

http://MyJobFreedom.com/?userid=1160 To get more income..plss try it